BAB 7    : JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
USAHA-USAHA MENEGAKKAN SEMULA MELAKA
1.            Melaka dikuasai oleh Portugis  — Sultan Mahmud Shah, pembesar serta pengikutnya termasuk Orang Laut ke Pagoh.
2.            Bina kubu pertahanan di Bentayan, Muar.
3.            Baginda bersemayam sementara di Pahang.
4.            Baginda ke Pulau Bentan.
5.            Di Bentan – kumpul tentera dengan bantuan penduduk jajahan takluk.
6.            Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan Sultan Aru (Deli)  menghadap Sultan Mahmud Shah di Bentan.
7.            Wakil kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong menyatakan taat setia kpd baginda.
8.            Tahun 1521, Portugis menyerang Bentan.
9.            Serang-menyerang  Melaka dan Bentan.
10.          Sultan Mahmud Shah berundur di Kampar (jajahan takluk Melaka)
11.          Mangkat di Kampar

PENGASASAN KERAJAAN JOHOR
A)            PENERUSAN WARISAN MELAKA
1.            Putera Sultan Mahmud Shah (Raja Ali)  jadi sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.
2.            Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,
3.            Ujong Tanah dikenali sebagai Johor
4.            Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan di Tanah Besar Johor
5.            Bendahara dan Seri Nara Diraja ditugaskan bangunkan pentadbiran kerajaan Johor di Pekan Tua.
6.            Kota pertahanan dikenali Kota Kara dibina bagi menjaga keselamatan ibu negeri Johor
7.            Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk Johor untuk memperkukuhkan lagi kuasa baginda sultan.
8.            Sultan Johor  mengawal hal ehwal Pahang.
9.            Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan oleh sultan Johor.
10.          Johor  menguasai Aru.
11.          Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa Johor ke atas jajahan takluknya.
12.          Beliau menempatkan wakilnya di :
i.              Bengkalis
ii.             Kampar
iii.            Jambi
iv.           Siak
v.            Rokan.
13.          Jajahan takluk Johor hantar askar menyertai angkatan tentera Johor apabila diperlukan.
14.          Negeri yang dikawal oleh Johor  membekalkan barangan eksport ke Johor .
15.          Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan gading gajah.
16.          Kerajaan Johor sering diancam oleh kuasa luar seperti Portugis, Acheh dan Jambi.
17.          Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor sentiasa ubah pusat pentadbirannya.

(B)  USAHA JOHOR MENGUASAI MELAKA
1.            Pemerintah Johor, pembesar dan rakyat tidak berputus asa menawan semula Melaka.
2.            Usaha terbesar dijalankan pada tahun 1551.
3.            Angkatan perang Johor bergabung dengan angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa) untuk menyerang Melaka.
4.            Serangan gagal sebab :
i.  kekebalan kota Melaka
ii. persenjataan Portugis yang lebih baik
5.            Serangan angkatan Johor berterusan
6.            Pembesar Johor yang usaha menawan semula Melaka :
i. Tun Sri Lanang
ii. Laksamana Tun Abdul Jamil
7.            Gabungan Johor dengan Belanda berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641.
8.            Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka dari darat.
9.            Belanda menyerang Melaka dari Laut.
10.          Setelah Portugis dikalahkan, Belanda menduduki Melaka.

(C)  KEBANGKITAN ACHEH
1.            Selepas Melaka dijajah Portugis, pedagang dari Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki  beralih ke Acheh.
2.            kerana dasar perdagangan Portugis yang ingin menghapuskan monopoli perdagangan di kalangan pedagang asing.
3.            Portugis kenakan peraturan dan sekatan perdagangan yang ketat.
4.            Kenakan cukai yang tinggi ke atas pedagang asing.
5.            Ketika Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh jadi kuasa  kuat kerana  menguasai perdagangan Selat Melaka.
6.            Beliau berazam kuasai  Tanah Melayu.
7.            Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.
8.            Setelah menawan Pahang, Acheh  berperanan menentukan bakal sultan Johor.
9.            Acheh menawan Pedir dan Pasai.
10.          Penaklukan tersebut  membolehkan Acheh  menguasai perdagangan lada hitam yang  diperlukan oleh pedagang asing.

(D)    PERSAINGAN ANTARA JOHOR DENGAN ACHEH DAN PORTUGIS
1.            Johor, Acheh, Portugis bersaing  menguasai jalan perdagangan di Selat Melaka.
2.            Perang selama 100 tahun – dikenali sebagai Perang Tiga Segi.
3.            Johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.
4.            Johor menyerang Melaka – ingin merampas semula Melaka daripada Portugis.
5.            Acheh menyerang Melaka kerana Portugis menghalang perdagangan Acheh.
6.            Acheh menyerang Johor kerana Johor mengancam perdagangan Acheh
7.            Portugis menyerang Johor kerana menganggap Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka.

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN JOHOR
A)            JAJAHAN TAKLUK JOHOR DAN KECEKAPAN PENTADBIRAN
1.            Jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari Klang hingga Singapura.
2.            Johor  menguasai :
i.              Klang
ii.             Batu Pahat
iii.            Muar
iv.           Pahang
v.            Bentan
vi.           Lingga
vii.          Bangkalis
viii.         Kampar
ix.           Siak

3.            Faktor kegemilangan Johor :
i.              Kecekapan sultan
ii.             Kecekapan pembesar
iii.            Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
iv.           Perkembangan bidang persuratan

B)            JOHOR SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN
1.            Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana mempunyai jajahan takluk yang luas.
2.            Johor – pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu.
3.            Kapal dagang Johor  berdagang hingga ke Maluku dan Makasar.
4.            Ramai pedagang asing datang ke Johor spt pedagang China dari Canton dan Amoy.
5.            Kapal dagang barat turut ke pelabuhan Johor seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.
6.            Ketika Sultan Mahmud Shah II pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau.
7.            Barangan tempatan yang diperdagangkan termasuklah damar, tikar, bijih timah, sagu, minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gahuru dan beras
8.            Johor sebagai pembekal kain corak baru
9.            Barangan luar negeri yang didagangkan seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China.
10.          Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti gudang dan khidmat membaiki kapal.
11.          Perdagangan dijalankan melalui :
i.              cara tukar barang
ii.             mata wang.
12.          Mata wang emas dikenali sebagai mas
13.          Mata wang perak dikenali sebagai kupang
14.          Mata wang timah dikenali sebagai katun.
15.          Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin Riayat Shah II.
16.          Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor seperti :
i.              Dolar Sepanyol
ii.             Dolar Mexico
iii.            duit Belanda.
17.          Johor cekap mentadbir pelabuhannya dan mengamalkan cukai yang berpatutan.
18.          Setiap bahara lada hitam – dikenakan cukai sebanyak enam keping emas.
19.          Setiap bahara timah – cukainya sepuluh keping emas.
20.          Keselamatan pedagang asing, sistem naungan  diamalkan.
21.          Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh :
i.              Bendahara
ii.             Raja Indera Bongsu
iii.            Temenggung
iv.           Laksamana.
22.          Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh Orang Laut.
23.          Orang Laut menjadi :
i.              pengawal pelabuhan
ii.             pengawas perairan Johor
iii.            Penunda
iv.           penunjuk arah kepada pedagang.
24.          Keistimewaan pelabuhan Johor
i.              terlindung daripada tiupan angin monsun.
ii.             jadi pintu masuk di  selatan Selat Melaka
iii.            kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.
iv.           menjadi pusat membina kapal persisiran pantai seperti banteng, baluk, kolek, pencalang dan pencacap.

C)            PERKEMBANGAN PERSURATAN MELAYU.
1.            Johor dikenali pusat persuratan Melayu
2.            Tun Sri Lanang susun buku sejarah Melayu
3.            Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan orang Melayu melalui watak Hang Tuah dan empat orang rakannya.
4.            Hikayat Hang Tuah mengisahkan tentang keagungan Kesultanan Melayu Melaka
5.            Riau menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa dan buku agama Islam.
6.            Pengarang terkenal :
i.              Raja Haji Ahmad
ii.             Raja Ali Haji.
7.            Naskah asal yang dihasilkan oleh penulis adalah dalam tulisan jawi bertulis tangan.
8.            Kemudian dicetak -guna kaedah cap batu.
9.            Johor terkenal pusat pengajian ilmu agama Islam ketika Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan Johor.
10.          Tradisi ini diteruskan hingga ke Riau.
11.          Di antara karya yang dihasilkan :
i.              Tuhfat al Nafis
ii.             Salsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Raja-rajanya,
iii.            Hikayat Johor serta Pahang,
iv.           Peringatan Sejarah Negeri Johor,
v.            Aturan Setia Bugis dan Melayu,
vi.           Syair Sultan Mahmud Lingga,
vii.          Kitab Pengetahuan Bahasa
viii.         Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi.

(4)          KEMEROSOTAN KERAJAAN JOHOR
A)            PERANG JOHOR-JAMBI
1.            Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan Johor.
2.            Abad 17, Jambi muncul sebagai kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.
3.            Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.
4.            Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.
5.            Jambi meminta bantuan Belanda untuk menyerang Johor.
6.            Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.
7.            Perang  menjejaskan perdagangan Johor.
8.            Sultan Alauddin Riayat Shah III  berundur dan bersemayam di Pahang.
9.            Keadaan Johor yang tidak selamat  menyebabkan jajahan takluk Johor membebaskan diri daripada pengaruh Johor.
10.          Laksamana Tun Abdul Jamil  mengalahkan Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis.
11.          Kejayaan menyebabkan beliau dianugerahi gelaran Paduka Raja.
12.          Beliau sangat berkuasa sehingga melantik anak-anaknya untuk memegang jawatan kanan dalam kerajaan seperti Temenggung, Sri Bija Diraja dan Sri Amar Diraja.

B)            PEREBUTAN KUASA.
1.            Laksamana Tun Abdul Jamil – pembesar berpengaruh di Johor.
2.            Laksamana Tun Abdul Jamil ambil alih tugas Bendahara sebagai  pelantik dan pemangku raja.
3.            Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.
4.            Beliau tidak disenangi oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid (pembesar Johor paling kanan).
5.            Laksamana Tun Abdul Jamil melantik cucunya Sultan Mahmud Shah II yang berusia 10 tahun menjadi sultan Johor.
6.            Anak beliau iaitu bekas permaisuri Sultan Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja
7.            Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak puas hati.
8.            Persengketaan antara kedua-dua pembesar  menjejaskan kestabilan politik Johor.
9.            Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia, Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapatkan semula kuasanya
10.          Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil menggantikan tempatnya sebagai bendahara

C)            PEREBUTAN TAKHTA
1.            Sultan Mahmud Shah II  sultan yang zalim
2.            Baginda dibunuh oleh pembesarnya.
3.            Peristiwa pembunuhan dikenali ‘Sultan Mahmud Mangkat Dijulang’.
4.            Baginda tidak meninggalkan zuriat,
5.            Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.
6.            Perlantikan memulakan kesultanan Johor keturunan bendahara.
7.            Raja Kechil dari Siak tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.
8.            Raja Kechil menyerang Johor dengan bantuan tentera Minangkabau.
9.            Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil dan menyokongnya sebagai bukti taat setia kepada kesultanan Johor keturunan sultan Melaka.
10.          Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

D)            PENGLIBATAN BUGIS DI JOHOR
1.            Apabila Makasar dikuasai Belanda, ramai orang Bugis diusir
2.            lima orang anak raja Bugis bersaudara
i.  Daeng Perani,
ii. Daeng Menambun
iii Daeng Merewah,
iv. Daeng Chelak
v.  Daeng Kemasi
3.            Mereka menjadi tentera upahan yang berani.
4.            Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) berpakat dgn anak raja Bugis bersaudara utk mengusir Raja Kechil.
5.            Raja Kechil berjaya dikalahkan
6.            Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.
7.            Daeng Merewah bergelar Kelana Jaya Putera dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.
8.            Daeng Menampok  dikurniakan gelaran Raja Tua.
9              Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan lama kerana Bugis terus inginkan hak melantik sultan Johor mengikut pilihan mereka.
10.          Orang Melayu merasakan kuasa sultan dan pembesar Melayu semakin lemah.
11           Bugis kukuhkan kuasanya dgn menggalakkan perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja dan anak pembesar Melayu.
12           Anak-anak mereka guna gelaran raja seperti Raja Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.
13.          Pembesar Melayu bertindak meminta bantuan Belanda untuk mengusir Bugis daripada Riau pada tahun 1784
14.          Memberi peluang kepada pembesar Melayu utnuk kembali menguasai pemerintahan.
15.          Tahun 1802, persaingan Melayu dan Bugis berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke Riau.
16.          Riau  dikuasai oleh Bugis.
17.          Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang dan menguasai Singapura dan Tanah Besar Johor.
18.          Bendahara Johor bertapak di Pahang.
19.          Sultan Johor  bersemayam di Lingga.
20.          Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar Melayu.
21.          Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.
22.          Membawa kepada perpecahan dalam kerajaan Johor.

E)            PENGARUH SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA (VOC)
1.            Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)  bertapak di Betawi, Jawa.
2.            VOC memulakan hubungan perdagangan di pelabuhan Batu Sawar
3.            VOC bimbang dengan penguasaan  Bugis di Johor mengancam kedudukannya di Melaka.
4.            Belanda dan Bugis berperang beberapa kali di Teluk Ketapang dan Riau.
5.            Belanda mengalahkan Bugis
6.            Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor Belanda di Riau.
7.            VOC bertindak  mengusir orang Bugis.
8.            Persengketaan  Belanda dan Bugis  memberi kesan buruk kepada kerajaan Johor.
9.            Belanda yang berada di Betawi dan Melaka mencari peluang menguasai Johor.
10.          Apabila Belanda berjaya menguasai Riau, Belanda menghapuskan jawatan sultan dan Yamtuan Muda.

RUMUSAN
1.            Johor menjadi lemah dan berpecah
2.            Perebutan kuasa antara pembesar menimbulkan kacau-bilau
3.            Campurtangan kuasa luar dalam pemerintahan Johor menimbulkan pelbagai masalah sehingga kejatuhan kerajaan Johor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


BAB 6    :  KEMEROSOTAN MELAKA
FAKTOR KEMEROSOTAN MELAKA
a)            Kelemahan dan kepemimpinan
1.            Selepas kematian Bendahara Tun Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2.            Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3.            Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
4.            Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
5.            Sultan Mahmud Shah  jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Selepas sultan menyedari kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Raja Ahmad sebagai sultan Melaka.
7.            Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
8.            Bendahara Tun Perpatih Putih  yang gantikan Tun  Mutahir – uzur/sakit
9.            Pentadbiran lemah kerana :
i.              Tiada pemimpin berwibawa
ii.             Berlaku rasuah
iii.            Fitnah  berleluasa.
10.          Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11.          Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.

MASALAH PERPADUAN
1.            Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim.
2.            Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran.
3.            Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim).
4.            Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan.
5.            Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Rakyat Melaka berpecah belah,
7.            Perdagangan Melaka merosot.
8.            Keutuhan kerajaan terjejas.

KELEMAHAN ASKAR MELAKA
1.            Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti :
i.              keris, tombak
ii.             panah
iii.            perisai
iv.           sumpit beracun.
2.            Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam.
3.            Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi.
4.            Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap
5.            Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan.
6.            Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
7.            Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka

KEDATANGAN PORTUGIS
A)            SEBAB KEDATANGAN.
1.            Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik).
2.            Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
3.            Portugis menemui jalan laut ke Timur.
4.            Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5.            Vasco da Gama  sampai di India
6.            Lopez de Squeira  tiba di Melaka.
7.            Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
8.            Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam.
9.            Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur
10.          Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11.          Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
12.          Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan mendapat keuntungan yang lumayan.
13.          Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk :
i.              mengawet makanan
ii.             menyedapkan makanan seperti daging
iii.            memanaskan badan.

B)            PORTUGIS MENGUASAI MELAKA.
1.            Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk memulakan hubungan
2.            Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.
3.            Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka.
4.            Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang   Islam.
5.            Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
6.            Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka Ruy de Araujo.
7.            Beberapa orang Portugis yang ditangkap  mati dibunuh.
8.            Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9.            Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka.
10.          Alfonso menuntut
i.              pembebasan tawanan Portugal
ii.             menuntut ganti rugi
iii.            meminta  mendirikan kubu di Melaka.
11.          Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
12           Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13.          Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai.
14.          Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis.
15.          Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas sehingga askar Portugis terpaksa berundur.
16.          Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila  mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
17.          Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka.
18.          Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar.
19           Kemudiannya berundur ke Pahang
20.          Seterusnya ke Bentan.
21.          Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas kemangkatan  anaknya Sultan Ahmad Shah.

RUMUSAN
1.            Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah serta rakyat Melaka harus disanjung.
2.            Kita harus mengambil iktibar daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit tidak akan berulang lagi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


BAB 5    :  KEGEMILANGAN MELAKA
PENTADBIRAN  – PEMBESAR EMPAT LIPATAN

1.    PERANAN SULTAN MELAKA :
Selaraskan kegiatan ekonomi Melaka
lambang perpaduan rakyat jelata.
Ketuai hubungan diplomatik.
ketua agama Islam.
ketua adat istiadat Melayu.
Ketua angkatan tentera.
Lantik pembesar negeri.

2.     SULTAN DIBANTU OLEH PEMBESAR BEREMPAT :
i.   Bendahara
ii.  Penghulu Bendahari
iii. Temenggung
iv. Laksamana

Peranan Bendahara :
Penasihat sultan dalam pentadbiran
Menteri utama.
Ketua turus angkatan perang.
Ketua hakim.
Pemangku sultan

Peranan Penghulu Bendahari :
Pungut hasil atau ufti
Ketua segala bendahari.
Ketua urusetia istana.
Ketua segala syahbandar.
Peranan Temenggung :
Ketua polis dan penjara
Penguasa Bandar dan kota Melaka.
Protokol istana
Hakim di darat.

Peranan Laksamana :
Ketua angkatan laut
Pengawal peribadi sultan
Ketua duta
Mengetuai utusan

Pembesar Berempat dibantu oleh :
i.     Pembesar Berlapan
ii.    Pembesar Enam Belas
iii.   Pembesar Tiga Puluh Dua

8.     Sultan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir wilayah, sungai atau pulau.
9.     Kawasan pentadbiran pembesar dikenali “Kawasan Pegangan”.
10.  Kawasan Pegangan Bendahara di Muar dan Bentan.
11.  Kawasan Pegangan Penghulu Bendahari di Sening Ujung dan Kampar.
12.  Kawasan Pegangan Laksamana di Temasik.
13.  Kawasan Pegangan Hulubalang di Sungai Raya dan Siantan.
14.  Temenggung tiada Kawasan Pegangan
15.  Sultan melantik pembesar jajahan dan daerah untuk memungut cukai.
16   Kawasan memungut cukai dikenali  “Kawasan Pemakanan”.
17.  Pembesar menghadap dan memberi  ufti

3.            PUSAT PERDAGANGAN
A)    KEDUDUKAN GEOGRAFI

1.     Di laluan Timur &  Barat.
2.     Kuasai Selat Melaka
3.     Kapal dagang singgah dan tinggal serta dapatkan bekalan makanan dan minuman.
4.     Muara Sg Melaka dalam – dapat berlabuh dengan mudah
5.     Terlindung drp tiupan angin monsun Barat Daya kerana terdapatnya pulau Sumatera
6.     Banjaran Titiwangsa halang tiupan angin monsun Timur Laut ke pelabuhan Melaka.
7.     Pedagang Timur datang – ikut angin monsun Timur Laut.
8.     Pedagang Barat datang – ikut angin monsun Barat Daya.
9.     Ketika menunggu peralihan angin monsun, pedagang timur dan barat berjual beli
10.  Pedagang Melaka menjadi orang tengah  dalam urusan jual beli antara pedagang
11.  Bentuk muka bumi Melaka berbukit-bukau menjadi panduan kepada pedagang yang belayar di Selat Melaka – awasi keselamatan Selat Melaka

B)    PERANAN SYAHBANDAR
1.     Pengurus pelabuhan.
2.     melicinkan urusan perdagangan di Melaka.
3.     uruskan pasar dan gudang.
4.     Jaga  keselamatan pedagang
5.     Periksa alat timbang, sukat dan mata wang.
6.     Hakim di pelabuhan.
7.     Kuatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.
8.     Mengurus cukai.
9.     4 orang Syahbandar :
Syahbandar 1 urus pedagang dari Gujerat
Syahbandar 2 urus pedagang dari China, Champa dan Ryukyu.
Syahbandar 3 urus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi.
Syahbandar 4 urus pedagang Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina.

C)     PERANAN LAKSAMANA DAN ORANG LAUT
1.     jaga keselamatan perairan Selat Melaka.
2.     kawalan keselamatan oleh orang Laut.

D)    UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
1.     Pastikan aktiviti perdagangan lancar
2.     24 fasal
peraturan dan tatatertib berniaga
Hukum jenayah yang berlaku di kapal,larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.

E)     KEMUDAHAN DI PELABUHAN
 1.     gudang menyimpan barang
 2.     tempat tinggal pedagang
 3.     Syahbandar sediakan perahu, kapal jong, lancer, gajah dan pekerja
 4      Kemudahan membaiki kapal di pelabuhan
 5.     Makanan dan minuman kepada pedagang.

F)     SISTEM CUKAI & SURAT KEBENARAN BERNIAGA

1.     cukai berpatutan dan adil
2.     Pedagang bayar “Panduan” (cukai rasmi) sebelum berjual beli.
3.     Kadarnya berbeza – ikut tempat asal pedagang.
4.     Sistem dinamakan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat.
5.     Pedagang dari Barat seperti India, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai 6%.
6.     Pedagang tinggal tetap di Melaka -cukai 3%.
7.     Pedagang dari China dan Jepun tidak perlu membayar cukai – perlu bawa persembahan atau hadiah kepada sultan
8.     Perlu dapatkan surat kebenaran berniaga.
9.     Surat dianggap sebagai lesen

G)    PENGGUNAAN SISTEM MATA WANG

1.     Matawang  diperkenalkan di Melaka
Wang logam drp timah-dipanggil calains
mata wang emas tempatan
2.     Mata wang emas, perak dan timah dari Pedir, Pasai, Kembayat & Gujerat

H)    PELABUHAN ENTREPORT.
1.     Pelabuhan entreport -  kumpul barangan dari Kepulauan Melayu & edar barangan dari Timur & Barat ke Kepulauan Melayu.
i)     Bahasa Melayu sebagai lingua franca
1.     Bahasa perantaraan
2.     Pedagang asing guna bahasa Melayu
3.     Pelbagai jenis bahasa di Melaka
4.    Menurut Tom Pires, di pelabuhan Melaka ada 84 bahasa yang berlainan
5.    Bahasa Melayu sebagai lingua franca kerana  mudah difahami.

4.              KEMATANGAN HUBUNGAN LUAR

Hubungan Melaka dengan Pasai
1.     Perkahwinan antara Sultan Melaka (Megat Iskandar Shah) dengan puteri Pasai.
2.     Pertukaran pendapat ttg hukum agama
3.     Melaka dan Pasai dianggap kerajaan setaraf.
4.     Apabila berutus surat – guna istilah salam.
5.     Melaka bantu Pasai  menamatkan huru-hara
6.     Melaka memperoleh bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.

Hubungan Melaka dengan Jawa
1.     bentuk perdagangan .
2.     Jawa membekalkan beras, bahan makanan dan rempah kepada Melaka.

Hubungan Melaka dgn negeri naungan
1.     Siak & Kampar bekalkan emas kpd Melaka.
2.     Melaka menakluki Kampar dan Siak – kuasai hasil perdagangan
3.     Kampar dan Siak  diberikan taraf naungan.
4.     Apabila berutus surat kedua-dua negeri perlu menggunakan istilah sembah.
5.     Ufti ke Melaka -bentuk wang atau barangan.
6.     Ketika Sultan Melaka melakukan lawatan ke luar negeri, raja negeri naungan perlu mengiringi baginda. Sultan Mansor Shah melawat Majapahit, baginda diiringi oleh raja-raja Pelembang, Jambi dan Lingga.

Hubungan Melaka dengan China
1.     Bermula apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404.
2.     Hubungan perdagangan dan diplomatik.
3.     Dapat pengiktirafan dan perlindungan daripada negeri China.

Hubungan Melaka dengan Siam;
1.     Bermula dengan hubungan diplomatik.
2.     Hantar Tun Telanai & Menteri Jana Putera  ke Siam
3.     Siam membekalkan kayu jati, beras dan bahan makanan ke Melaka.

Hubungan Melaka dgn Ryukyu (Jepun)
1.     Bentuk perdagangan dan diplomatik.
2.     Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada raja Ryukyu memberitahu tentang tingkahlaku pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang Melaka.
3.     Raja Ryukyu membalas surat tersebut.
4. Raja Ryukyu menyanjung kedaulatan, peraturan dan undang-undang Melaka.

Hubungan Melaka dengan Gujerat
1.     bentuk perdagangan
2.     Pedagang Gujerat bekalkan kain
3.     Rempah dari Kepulauan Melayu  dibekalkan oleh Melaka.
4.     Pedagang Gujerat sebarkan agama Islam ke Melaka

Hubungan Melaka dengan Tanah Arab
1.     bentuk perdagangan.
2.     Pedagang Arab membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu melalui Melaka.
3.     Mereka membeli teh dan sutera dari China yang  terdapat di Melaka.
4.     Pedagang China mengembangkan agama Islam di Melaka.

5.               PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM

a)    Kedatangan agama Islam
1.     Abad ke-9, Kedah  menerima agama Islam.  Bukti – penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris, Kedah.
2.     Abad ke-13, agama Islam di Terengganu. Bukti – batu bersurat di Kuala Berang
3.     Abad ke-15, agama Islam di Melaka apabila Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam

b)    Cara kedatangan agama Islam ke Melaka
1.     Megat Iskandar Shah kahwini puteri raja Pasai yang telah memeluk agama Islam.
2.     Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan ke Melaka melalui mubaligh Arab (Syeikh Abdul Aziz dari Makkah)
3.  Syeikh Abdul Aziz mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
4.     Pedagang Islam dari Arab dan India  berniaga dan berdakwah di Melaka
5.  Sifat agama Islam – toleransi, adil dan rasional

c)     Faktor-faktor Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam
1.    Pertemuan ulama dari  Arab dan Pasai.
2.     Ulama menjadi guru yang mengajar ilmu agama kepada sultan, pembesar dan rakyat
3.     Pendakwah tempatan keluar dari Melaka untuk menyebarkan Islam ke tempat lain.
4.     Pendakwah disediakan tempat tinggal
5.     Sultan Melaka menerima baik agama Islam – diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata
6.   Sultan Mansor Shah hantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal agama.
7.     Sultan Muzaffar Shah wujudkan masjid, madrasah dan surau
8.     Tempat pusat pengajian ilmu tasawuf.
9.  Ahli tasawuf terkenal – Abdul Karim al-Jili – mengarang kitab Insan al-Kamil.
10.  Istana Melaka – tempat menterjemah, menyimpan kitab agama dan perpustakaan
11. Kitab terjemahan – Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanapiah.
12.  Sultan Melaka menerapkan musyawarah dalam  pentadbiran.

d)    Cara Melaka menyebarkan agama Islam
1.     Pedagang asing di Melaka  memeluk agama Islam. Apabila pulang, sebarkan Islam di tempat asal mereka.
2.     Tentera upahan dari Jawa memeluk agama Islam & sebarkan Islam di tempat asal
3.     Menyebarkan Islam ke wilayah jajahannya.
4.     Raja negeri jajahan memeluk agama Islam jamin keselamatan
tanda taat setia kepada sultan Melaka.
5.     Mubaligh, ulama & ahli sufi sebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan dan selatan Filipina.
6.    Berdakwah secara berhemah
7.     Perkahwinan politik  -  Perkahwinan puteri Sultan Mansor Shah dgn putera Raja Siak – agama Islam ke Siak.
8      Sultan Alauddin Riayat Shah hantar ahli agama mengajar ilmu agama kepada raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri.

e)     Kesan kedatangan agama Islam
1.    Institusi kesultanan  gantikan sistem beraja.
2.     Konsep devaraja  dimansuhkan.
3.     Raja bergelar sultan
4.  Sultan Muhammad Shah – raja Melaka pertama menggunakan gelaran sultan.
5.     Ulama menasihati sultan dalam hal pemeritahan agar memerintah dengan adil.
6.     Undang-undang fikah pengaruhi Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut
7.     Masjid &madrasah – pengajian agama Islam.
8.     Pengajian al-Quran – asas sistem pendidikan
9.     Bahasa Melayu – bahasa lingua franca.
10.  Tulisan jawi diperkenalkan
11.  Agama Islam pengaruhi budaya masyarakat
12.  Pengaruh pada bidang seni
13.  Tulisan khat dan ukiran corak bunga dan geometri serta ayat-ayat al-Quran dan hadis  digunakan dalam ukiran dan penulisan.
14.  Amalan masyarakat dipengaruhi unsur Islam
upacara khatam al-Quran
majlis kesyukuran
kenduri arwah.

6.               PUSAT KEGIATAN ILMU
a)    Istana – pusat kegiatan intelektual
1.     Tempat berkumpulnya cerdik pandai
2.     Tugas jurutulis
mengarang surat rasmi raja
menggubal perjanjian
menjadi guru kepada anak-anak raja.
3.     Tugas pengarang
mengarang sejarah
menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan
menyusun salasilah raja
mencatat diari istana.
4.     Tugas ulama
menulis kitab
menterjemah kitab agama Islam.
5.     Golongan cerdik pandai kuasai bahasa asing
6.     Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera Arab dan Parsi dilakukan di istana
7.     Contoh Karya sastera terjemahan
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Muhammad Ali Hanapiah
Hikayat Iskandar Zulkarnain
Hikayat Hang Tuah
Hikayat Bayan Budiman

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS