BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
PARAMESWARA PENGASAS KESULTANAN MELAYU MELAKA
1) KEDATANGAN PARAMESWARA
1. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya di
Palembang, muncul kerajaan Majapahit.
2. Majapahit kuasai Palembang dan
Temasik.
3. Raja Palembang &
puteranya(Parameswara) berusaha bebaskan penguasaan Majapahit di Palembang
4. Majapahit menyerang Palembang,
5. Parameswara berundur ke Temasik.
6. Di Temasik, Parameswara disambut baik
Temagi
7. Temasik
di bawah naungan Siam.
8. Parameswara menuntut hak pertuanan Temasik
kerana Temasik pernah jadi naungan
Srivijaya.
9. Parameswara
bunuh Temagi.
10. Majukan Temasik bagi
kembalikan kegemilangan Srivijaya
11. Pembunuhan Temagi menyebabkan :
i. Siam ingin menuntut bela,
ii. Majapahit ingin menakluki
Temasik.
12. Parameswara dan Orang Laut berpindah ke Muar untuk mengelakkan serangan
Siam dan Majapahit.
13. Dari Muar –
ke Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara.
14. Tiba di perkampungan nelayan.
15. Perkampungan nelayan didiami oleh orang
Melayu,, Orang Laut dan Orang Asli.
16. Tempat sesuai kerana berhampiran laut –
laluan kapal dagang dan mudah memperoleh bekalan air
17. Muka bumi berbukit-bukau – petunjuk kpd
pelayar & memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
18. Pokok bakau dan api-api menjadi benteng
jadi.pertahanan dan pelindung semula
19. Muara sungai yang terlindung daripada tiupan
angin monsun tidak mengganggu kegiatan perdagangan.
(2) ASAL-USUL NAMA MELAKA.
a) Berasal daripada nama pokok.
1. Parameswara berehat di bawah pokok Melaka
– terlihat pelanduk menendang anjing perburuannya.
2. Peristiwa dianggap luar biasa kerana
pelanduk yang kecil mampu mengalahkan anjing.
3. Tempat tersebut didirikan kerajaan
4. Menamakan nama Melaka sempena nama pokok
b) Berasal daripada istilah Arab.
1. Pedagang Arab – Melaka “Mulaqah” bermaksud
“pertemuan”.
2. Melaka disebut “Malakat” bermaksud
“perhimpunan segala dagang”.
c) Berasal daripada bahasa Sanskrit.
1. Pokok Melaka bahasa Sanskrit dikenali “Amalaka”.
2. Menurut mitos Hindu, “Amalaka” ialah pokok
pertama yang hidup di alam semesta.
3. Pokok dikaitkan tempat kediaman tuhan
agama Hindu iaitu Brahma, Vishnu dan Shiva.
4. Buah pokok – dikatakan mempunyai kuasa
ajaib.
(3) KEGIGIHAN PARAMESWARA
a) Sistem pemerintahan yang teratur.
1. Pembesar bertangungjawab hal ehwal
balairung seri.
2. 40 orang bentara – jalankan perintah raja.
3. Biduanda kecil – bawa alat-alat kebesaran
diraja.
4. Biduanda dikenali sebagai budak kundang, budak raja, juak-juak, hamba dan
orang suruhan raja.
b) Kemudahan pelabuhan.
1. Kemudahan
di pelabuhan – baiki
kapal,bekalan air
2. Sediakan tempat penginapan
c) Hubungan diplomatik
1. Hubungan dgn Siam- elakkan Melaka dari
diserang
2. Hubungan diplomatik dengan Siam - pengiktirafan Siam ke atas kedaulatan Melaka.
3. Hubungan dgn China terjalin apabila
Laksamana Yin Ching.datang
4. Laksamana Cheng Ho melawat Melaka
5. Parameswara memohon perlindungan China.
6. Melaka menjadi negeri naungan China
7. Melaka hantar ufti.
8. Kerajaan China mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian
9. Melaka hantar utusan ke negeri China.
10. Hubungan Melaka dan China menyebabkan Siam
dan Majapahit tidak berani menyerang Melaka.
11. Hubungan Melaka-China bangunkan perdagangan
d) Bantuan / Peranan orang laut
1. jaga keselamatan perairan Melaka.
2. mempunyai ciri pahlawan
3. mahir bidang kelautan dan selok-belok
Selat Melaka
4. taat dan setia kepada sultan dan kerajaan
Melaka.
5. bantu bawa barang dagang ke kapal pedagang
.
6. bekalkan hasil laut untuk kegiatan
perdagangan
7. Menurut Tome Pires & de Barros pusat
petempatan Orang Laut di Bentan, Temasik dan Lingga.
e) Ikatan konsep daulat.
1. Parameswara dibantu oleh rakyatnya :
i. Orang Melayu
ii. Orang Laut
iii. Orang Asli.
2. Orang Asli bekalkan hasil hutan .
3. Orang Laut bekalkan hasil laut dan menjaga
keselamatan Selat Melaka.
4. Orang Melayu menjadi ketua-ketua
masyarakat
5. Orang Melayu dilantik sebagai pembesar
seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.
(4) Rumusan
Parameswara bijak mengatur strategi.
Sifat kepemimpinan dan wawasan
Parameswara sewajarnya dicontohi.
Keyakinan dan kegigihan
Parameswara telah membangunkan Melaka.
0 comments:
Post a Comment