BAB
1 :
SEJARAH DAN KITA
(1) PENGERTIAN SEJARAH
1. Perkataan Arab
– syajaratun – pohon atau pokok, salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
2. Ibn Khaldun –
masyarakat dan peradaban manusia dan perubahan yang berlaku pada sifat
masyarakat
3. Herodotus
– cerita tindakan manusia dan sebab
mereka melakukannya.
4. Muhd. Yusof
Ibrahim – rekod peristiwa yg berlaku.
5. Penyelidikan
perkara yg telah berlaku
(2) CIRI-CIRI SEJARAH
a) Fakta yang tepat dan benar.
1. Fakta Sejarah
dibuktikan melalui
i. peristiwa
ii. tempat
iii. tokoh
iv. tarikh
2. Fakta tidak
boleh direka/ditokok tambah.
3. Fakta sejarah –
bukti kesahihannya
b) Penting dan bermakna.
1. Peristiwa
penting kepada negara - kemerdekaan
2. Peristiwa
penting kepada pelajar – tarikh lahir
pelajar.
c) Sebab dan akibat.
1. Mencari
kebenaran sesuatu peristiwa
2. Bagi mengetahui
sebab dan akibat peristiwa – apa, siapa,
bila, di mana, mengapa dan bagaimana
3. Sejarawan
membuktikan kesahihan fakta
4. Sebab &
akibat sesuatu peristiwa timbulkan perasaan ingin tahu
(3) SUMBER SEJARAH
Ciri Sumber Pertama/Sumber Primer.
fosil, artifak dan keterangan lisan.
Belum diolah dan dicetak
Masih asli dan belum ditafsir.
Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi, manuskrip belum
dicetak & batu bersurat.
Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
Bahan yg dikaji
melalui bacaan bahan bertulis.
Ditulis oleh sejarawan.
Diolah dan dicetak.
Disebarkan kepada umum.
Buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.
(4) KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
a) Kaedah lisan.
Maklumat diperoleh secara terus
melalui ucapan, penceritaan, perbualan
Maklumat sejarah drp ucapan tokoh.
Maklumat berkait dgn tradisi sastera rakyat spt mitos,
legenda, dongeng dan puisi.
Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
Kelemahan – wujudnya
unsur tokok tambah yang bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.
Kesan kemajuan sains dan teknologi
kaedah pandang dengar digunakan. Contoh:
televisyen, pita
rakaman & internet
b) Kaedah bertulis.
1. Maklumat drp
sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, kulit kayu, gading dan
sebagainya.
c) Kaedah arkeologi.
1. Maklumat berdasarkan
kajian saintifik.
2. Antara cabang
bidang arkeologi ialah angkasa lepas, maritim dan gali cari.
3. Maklumat
ditemui melalui proses gali cari.
4. Melalui proses
gali cari, ketetapan usia bahan dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti
pentarikhan radiokarbon.
(5) PENTAFSIRAN SEJARAH
1. Tafsiran
menjadikan peristiwa bermakna,
2. Sejarawan
berusaha mencari jawapan
3. Tafsiran tepat
memerlukan penyelidikan
4. Tafsiran
mungkin berbeza antara sejarawan.
i. ada yang kata
pembunuhan Birch kerana beliau
memperkenalkan sistem cukai.
ii. Sejarawan lain –
pembunuhan kerana
Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja
5. Tafsiran
berbeza disebabkan pandangan yang berlainan antara sejarawan.
i. Sejarawan
barat – penjajahan British kerana ingin membantu raja mententeramkan kacau
bilau
ii. Sejarawan lain – penjajahan kerana British ingin membolot kekayaan
ekonomi Tanah Melayu.
iii. Sejarawan Barat – anggap Tok Janggut, Dato Bahaman
sebagai pemberontak.
iv. Sejarawan
tempatan – anggap pahlawan Melayu sebagai pejuang tanah air.
6. Sejarawan
mestilah jujur dan
bertanggungjawab ketika membuat
penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah
(6) TUJUAN MEMPELAJARI SEJARAH
1. Banyak ilmu
pengetahuan.
2. Mengetahui
kepentingan sesuatu peristiwa
3. Memahami
sejarah tamadun awal bangsa
4. Melahirkan
perasaan jati diri yang tinggi
5. Membentuk
keperibadian bangsa
6. Ketahui
pemimpin dan tokoh negara
7. hargai jasa dan
pemimpin negara masa lalu dan kini
8. Sikap
berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
9. Merangka
wawasan masa depan dengan yakin untuk mempertahankan kedaulatan dan kemajuan
negara.
(7) FAEDAH MEMPELAJARI SEJARAH.
1. Panduan untuk memperbaiki kesilapan
2. Menjadi
perangsang memajukan negara
3. Mengingati zaman keagungan kita
4. Memupuk
semangat patriotisme
5. Rakyat berbangga
menjadi rakyat Malaysia
(8) RUMUSAN
Sejarah – panduan dan pengajaran untuk panduan masa kini dan
masa hadapan.
Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan semangat
patriotisme
Sejarah membantu kita menghargai serta memelihara
kemerdekaan dan kedaulatan negara.
0 comments:
Post a Comment