BAB 6 : KEMEROSOTAN MELAKA
FAKTOR KEMEROSOTAN
MELAKA
a) Kelemahan dan kepemimpinan
1. Selepas kematian Bendahara Tun
Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2. Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3. Timbul perasaan iri hati pembesar
lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
4. Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi
kekayaan sultan Melaka.
5. Sultan Mahmud Shah jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan
ahli keluarganya tanpa usul periksa.
6. Selepas sultan menyedari
kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Raja Ahmad
sebagai sultan Melaka.
7. Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah
dan tidak cekap.
8. Bendahara Tun Perpatih Putih yang gantikan Tun Mutahir – uzur/sakit
9. Pentadbiran lemah kerana :
i. Tiada pemimpin berwibawa
ii. Berlaku rasuah
iii. Fitnah berleluasa.
10. Sistem cukai sedia ada tidak
diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11. Kesannya pedagang memilih pelabuhan
lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.
MASALAH PERPADUAN
1. Perlantikan Tun Mutahir sebagai
bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang Melayu dengan orang India
Muslim.
2. Persaingan berlaku kerana amalan
pilih kasih dalam pentadbiran.
3. Perebutan pengaruh wujud antara
Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim).
4. Raja Mendeliar memfitnah Tun
Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan.
5. Akibatnya sultan membunuh Tun
Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
6. Rakyat Melaka berpecah belah,
7. Perdagangan Melaka merosot.
8. Keutuhan kerajaan terjejas.
KELEMAHAN ASKAR
MELAKA
1. Askar Melaka menggunakan senjata
tradisional seperti :
i. keris, tombak
ii. panah
iii. perisai
iv. sumpit beracun.
2. Askar Melaka mempunyai senjata
seperti senapang dan meriam.
3. Senjata Portugis lebih baik,
contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi.
4. Angkatan perang Melaka didapati
tidak mempunyai struktur yang lengkap
5. Angkatan perang Portugis dipimpin
oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai
serangan.
6. Askar Portugis lebih terlatih dan
mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
7. Askar upahan Melaka dari Jawa
melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka
KEDATANGAN
PORTUGIS
A) SEBAB KEDATANGAN.
1. Sebab Portugis ke Timur ialah
Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik).
2. Putera Henry mendorong pelayar dan
orang Portugis belayar ke Timur.
3. Portugis menemui jalan laut ke
Timur.
4. Bartholomew Diaz berjaya sampai ke
Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5. Vasco da Gama sampai di India
6. Lopez de Squeira tiba di Melaka.
7. Portugis ingin meneruskan Perang
Salib.
8. Menghancurkan kerajaan Islam di
Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam.
9. Ingin menyebarkan gama Kristian di
Timur
10. Ingin menguasai perdagangan rempah
yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11. Pedagang Islam yang mendapat bekalan
rempah daripada pelabuhan Melaka menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
12. Pada pandangan Portugis, jika menguasai
Selat Melaka mereka akan mendapat keuntungan yang lumayan.
13. Rempah ratus diperlukan di Eropah
untuk :
i. mengawet makanan
ii. menyedapkan makanan seperti daging
iii. memanaskan badan.
B) PORTUGIS MENGUASAI MELAKA.
1. Lopez de Sequeira dan angkatannya
dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk memulakan hubungan
2. Kedatangan mereka mulanya disambut
baik oleh Sultan Mahmud Shah.
3. Dibenarkan berniaga di Melaka dan
dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka.
4. Pedagang Islam dari Jawa dan
Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk menguasai
perdagangan dan menentang Islam.
5. Perkara ini disampaikan kepada
Bendahara Tun Mutahir.
6. Tun Mutahir menasihatkan sultan
agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka Ruy de Araujo.
7. Beberapa orang Portugis yang
ditangkap mati dibunuh.
8. Lopez de Sequeira dan beberapa
pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9. Raja Portugal hantar angkatan laut
pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka.
10. Alfonso menuntut
i. pembebasan tawanan Portugal
ii. menuntut ganti rugi
iii. meminta mendirikan kubu di Melaka.
11. Sultan Mahmud menolak tuntutan
Alfonso
12 Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13. Serangan pertama Alfonso – jambatan
Sungai Melaka dikuasai.
14. Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol
memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis.
15. Melaka yang diketuai oleh Sultan
Ahmad Shah melancarkan serangan balas sehingga askar Portugis terpaksa
berundur.
16. Semangat perjuangan askar Melaka
membara apabila mendengar kisah Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah.
17. Dalam serangan kedua – Alfonso
berjaya menguasai Melaka.
18. Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama
keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar.
19 Kemudiannya berundur ke Pahang
20. Seterusnya ke Bentan.
21. Di Bentan, Sultan Mahmud Shah
mendirikan sebuah kerajaan baru selepas kemangkatan anaknya Sultan Ahmad Shah.
RUMUSAN
1. Usaha mempertahankan kedaulatan
bangsa ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah serta rakyat
Melaka harus disanjung.
2. Kita harus mengambil iktibar
daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit tidak akan
berulang lagi.
0 comments:
Post a Comment